Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2008

Zamil

Gelombang segara menari-nari. Sedang aku menatapnya dengan beribu erti Zamilku, Aku tahu engkau bersama Menonton tarian gelombang indah Zamilku, Pukulan badai di tempatmu Kini singgah di kawasanku Sedang aku menatapnya beribu erti Cermin perjuangan yang kita tempuh Samudera persahabatan pedih dengan gelora, Jika pukulannya menyakitimu, Akan ku pesan pada sang lelumba untuk mengubatimu Jika tamparannya melukakanku, Ku berharap kau menghulurkan pelampung ambil berat. Zamilku, Rafikah mu ini sedang memanggil Jangan pernah berundur dari kembara ini Segara menjadi saksi ikatan ukhwah yang murni. bas eltabina, 1015am
cenderawasih burung kayangan, tuanku putih kilau keemasan. pandanglah hamba si gagak hutan, sebelah mata pun hamba tak terkilan. sebenarnya diri ini musykil, samada aku yang menjadi cenderawasih atau si gagak hutan? namun jauh di lubuk hati, aku begitu yakin bahawa aku adalah sang cenderawasih yang menagih cinta dari si gagak hutan. hahaha, sungguh diri ini kejam. aku tidak sanggup turun takhta demi memuja dia yang menjadi idaman hati. maka jelas sekali aku adalah sang cenderawasih, burung kayangan.

A dan B

A: bapaku sering marah akibat tabiatku yang sering membasuh lantai kamar mandi setelah menggunakannya. B: kenapa harus dia bertindak sebegitu? bukankah baik engkau menjaga kebersihan rumahmu sendiri? A: masalahnya, dia menuduhku sebagai berpenyakit OCD. ah.. aku terlalu takut. B: jika begitu, kau harus menghentikan perbuatanmu. A: aku tidak dapat! malah kini, aku semakin diatur oleh perasaan sendiri yang sangsi dengan tindakan diri ini. B: maksudmu? A: aku kerap mengulangi perbuatan membaca atau menyebut sesuatu. padaku, sebutanku pada mulanya salah dan aku harus mengulanginya. malangnya, perasaanku mengatakan bahawa aku selalu sahaja salah walau sudah ku ulang bacaan itu beberapa kali. A: jadi apa penyelesaiannya? B: aku masih mencari..........

pabila sang raja cinta bertitah

Aisyah. Ayuh kita analisis nama ini.. ia dapat ditafsirkan dengan seribu satu makna. menurut bahasa arab , ia membawa maksud yang hidup bahagia. ah.. sememangnya aku sedang meniti retok kehidupan yang bahagia. menurut bahasa african-american , ia membawa erti kehidupan atau dia yang hidup. benar. aku masih lagi terus bernyawa untuk menggapai segala kemungkinan yang akhirnya akan berakhir dengan kemenangan. menurut falsafah pengamatan sendiri , aisya terdiri dari 2 kekata nama, 'ai'+'syah'. maka aku bahaskan 'Ai' sebagai cinta menurut bahasa mandarin dan 'Syah' menurut bahasa arab sebagai Raja. dari itu, kesimpulannya ialah, bila sang raja cinta berbicara, maka diamlah. kerana setiap bait yang lahir dari geseran dua bibir itu pasti akan memimpin kehidupan yang bahgia.
daniel. seorang adik sepupu. begitu comel dia meletakkan dahinya di atas jubin lantai dar nya. hati ini akan pasti tersentuh dengan melihat keletah si comel 1 tahun ini. ah.. rindu pada kota singa dan keluarga semakin terus membuak.
"berilah adinda sehelai selimut penutup badan, berilah sepertegak kain penutup tubuh, beroleh nasi setempurung pagi dan setempurung petang, cukuplah sudah bagiku." (hamka, 2004:79) aku tidak percaya akan kekata ini. ah.. mana mungkin seorang wanita bisa mengeluarkan kekata sedaif begini. tambahan pula, ah.. lelaki. jangan diberi muka. jika berkata begini pada mereka, sudah pasti diambil kesempatan. maka itu, bangkit berdiri wahai wanita-wanita di luar sana! jangan ada yang masih di takuk lama. hapuskan sifat generasi Poniem! wanita akan terus berdiri gagah..
Bread pudding atau puding roti sememangnya enak. Mempelajari membikinnya daripada teman sekamar merupakan pengalaman yang menyeronokkan. Tambahan pula, keduanya dikecualikan daripada menunaikan ibadat mulia di bulan mubarak, maka pangan yang sudah masak dapat dinikmati di sebalik pintu kamar..
setiap kali mata ini ditarik kuasa grafiti, peristiwa beberapa tahun yang lalu kembali menggamit fikiran. peristiwa seluruh tubuh dipaksa kaku walau aku sudah tersedar dari beradu. ah.. sangat merinding. tidak mengapa jika mata ini turut dipaksa terkunci. namun oleh kerana hati terlalu berani, maka mata yang masih dapat berfungsi dibiarkan melilau, mencari pertolongan. namun apa yang aku lihat adalah yang sebaliknya. sebuah lembaga hitam di pinggir kamar yang asyik mencari-cari sesuatu semakin membuatkan aku terus terkedu. setelah dapat keluar dari pelukan ghaib itu, aku terus mencari mother yang sedang berehat di kamarnya.. ah, diri masih lagi terkesan dengan peristiwa tersebut.
menempelkan gambar idola singapura pertama di samping meja belajar membuatkan diri ini begitu rindu akan keheningan kota Singa. mother, ayah dan awi sentiasa menjadi pembakar semangat diri di sini. namun taufik tetap menjadi pujaanku sebagaimana impian setiap gadis temasek... Luv taufik so much!!!!
Agak sukar sebenarnya untuk melukiskan tawarikh hidup sendiri di atas kertas putih. Kertas yang jernih dilantik menjadi pendengar yang taat untuk aku menceritakan cebisan kisah dalam hidupku. Pena pula setia menanti ilham untuk kunjung ke jemala. Doaku: agar jemala akan terus dicurah dengan siraman ide agar tidaklah akalku bersarang lelebah sampai tumbuh cendawan.

nuansa cemburu

Cemburu? apakah itu? hanya sekadar nuansa atau ianya bisa meranapkan diri sendiri? aku sebenarnya tidak mengerti apa yang dikatakan hati. diceritakan 'kau sedang cemburu!' ah.. aku sendiri keliru. apa yang sebenarnya terjadi? tetapi ku cuba menolak pawana iblis itu ketepi. aku masih dapat berdiri sendiri. manakan mungkin aku mengaku kalah pada situasi sebegitu aib? cemburu??? tidak mungkin!! aku seorang gadis berani. aku masih mampu mengejar mimpi walau sendiri.