Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

2128 - Menjadi Kekasih

Menjadi kekasih; Bait cerita dan puisi tiada erti. Senyum itu seri, tapi tak pasti. Adakah kekasih sebenar berkasih? Menjadi kekasih; Yang menyemai rasa lewat kata. Mata-mata yang jernih tempat sandaran. Senda demi senyuman sama. Gerak bicara tak pernah berkalih. Maka kekasih sebenar berkasih. Apa guna menjadi kekasih Sayang itu selewat cuma Atau pembohongan rasa demi percaya Kekasih sebenar berkasih? Hakikatnya, kau tidak layak bergelar kekasih selagi matamu cuma terkandung duka tanpa bicara. Chempaka Gelap kamar 17.10.2017

Andy dan Tia - Suzuki Biru

Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan.  Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling.  Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematangan. Kemu