Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008
pulang ke teratak... ah! sangat teruja. rindu yang meronta kembali tenang saat terpandang wajah bonda dan ayahanda. lebih menarik ibtisam hingga ke telinga ialah hadiah ulang tahun yang diberikan dari ayahanda. camera casio exilim ex-z70 berwarna hitam benar-benar menceriakan hari-hariku di sini... terima kasih ayah!!
majlis meraikan tamatnya peperiksaan dan kertas kerja di semester ini baru sahaja berlalu tadi sore. seronok bersatu dengan kepenatan. ditambah pula berlangsung jua majlis meraikan keputrianku tadi. ah! begitu berat rasanya mahu melepaskan hari ini begitu sahaja. (terima kasih zali, syatillah dan ara yang menjadi ahli urus setia)....
selamat hari lahir pada diriku!!! alhamdulillah, Allah mengizinkan diri ini menghirup nafas khalifah selama 20 tahun. tidak terduga begitu cepat masa berlalu. walau sudah mencecah usia yang matang ini, aku masih percaya bahawa aku masih lagi 'daddy's girl'. ayah, mother dan awi, seuntai terima kasih aku persembahkan pada kalian kerana membawaku jauh terbang ke dunia realiti yang tidak pernah membosankan. kepada sekalian taulan, sejak yang ku kenali dari zaman tadika hingga ke peringkat menara gading ini, kalian adalah penyeri hidupku. sonder kalian, siapa lah diri ini. kalian membantu diri menjadi lebih matang dan menghargai kehidupan. ah! terlalu ribuan terima kasih ingin ku gubah di sini untuk sekalian insan di dalam hidupku ini. akhir kalam, selamat tinggal angka belasan dan selamat datang angka dua puluhan....
diri sibuk membilang hari-hari terakhir bergelar gadis 19 tahun. hahaha. rasa tidak percaya angka dua puluh bakal dinobatkan di dalam hidup ini. rasa belum cukup sempurna untuk menyandang usia itu. ah.. tinggal 2 hari lagi! hanya tinggal detik ini sahaja aku mampu aku garap dan hargai. begitu pantas masa berlalu. doaku agar aku sempat menikmati usia 20 tahun dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan..... SUNGGUH AKU MASIH TIDAK PERCAYA AKU BAKAL TUA!!!!
saat mentari menegak di atas kepala, talian telefon menyatukan kisah kasih antara aku dan mother. kisah mother bermacam-macam. aku terima setiap butir peluru katanya. ada dua kisah yang ingin ku kongsikan di sini. pertama, kisah ayah yang hampir diberhentikan kerjanya. kerisauan menjadi teman hati beberapa hari kebelakangan ini. namun berita dari mother merupakan sebuah kelegaan yang tidak terhingga. sungguh terasa amannya apabila mengetahui ayah selamat dari dipecat. kedua, mengenai neng. neng tewas lagi di dalam samudera peperiksaannya. aku tidak menjadi saksi. namun kali ini, walidaini begitu redha sekali. neng bakal dihantarkan ke sekolah kemahiran. ah! memang itu patut sekali dilakukan. neng seorang perwira yang bijak dan rajin. mungkin ini adalah yang terbaik untuknya...
Bunyi Biola dan Airmata sunyi menjadi teman pedih hati. lumpuh biola terus membawa haiku sayu. tidak yakin? itu suara bodoh. umpama Mansur Syah mengawal Siti Sara berlakon pedagang? sonder masalah asalkan delima iman kau dihulurkan arakian lerai airmata.
shh.. ini suatu rahsia. aku adalah seorang yang kuat cemburu dan sukakan kesempurnaan. maksudnya di sini, i am a perfectionist. aku mahu semua yang terbaik adalah milikku, bukan orang lain. maka pagi ini, aku terbaca tentang cerpen seorang sahabat yang juga menumpang teduh di bumi ini untuk menimba ilmu. cerpennya tersiar di muka akhbar di tanah airku. entah kenapa meresap aura cemburu masuk ke dalam lubuk hati. hey.. bertenang! kau juga pernah menghantar cerpen ke akhbar bukan?? tapi cerpennya lebih baik dariku. hingga pengelola mengatakan isunya sesuatu yang lain dari yang lain. hey!! bukankah aku juga lain dari yang lain??? melihat Singapore Flyer dari sudut Islam!!! bertenang aisya!!! tidak mengapa, bagi yang di luar sana, nantikan cerpenku yang bakal tersiar di Dewan Siswa Januari depan! nantikan ya....
BERITA HARIAN SINGAPURA Ekstra! : 11 November 2008 TRIVIA SAYA INGIN NIKAH LAGI KERANA... NORMAN Nurhakim telah melakukannya - menggunakan alasan aneh: mahu menjaga hati orang tua kekasihnya semata-mata untuk mendapatkan persetujuan isterinya, Abby Abadi, untuk berkahwin dua. Berikut adalah 10 lagi alasan bagi anda yang ingin beristeri lebih daripada satu gunakan: 1) 'Abang ingin mempunyai pilihan makanan daripada dua budaya berbeza' - khusus untuk si suami yang ingin mencari isteri kedua daripada kaum yang berbeza. 2) Abang hanya mahu bersikap adil kepada kedua-dua belah pihak. 3) Abang tidak mahu terus berdosa dan berjumpa dengan kekasih tanpa pengetahuan kamu. 4) Tidakkah kamu ingin melihat abang bahagia? Abang nak kahwin lagi agar kita sama-sama bahagia. 5) Abang mempunyai penyakit yang kuat dan perlu mendengar dua suara manja yang berbeza setiap hari. 6) Bukan Abang yang minta. Takdir yang menentukannya. 7) Kamu memenuhi hanya sebahagian daripada apa yang Abang perlukan. I
sebentar tadi, aku berkongsi episod sendu bersama kekanda sahibul kahfi. pesannya mudah. "jangan terus berdiam diri, alamat menyesal nanti" memang benar aku mengerti. si kembang cina pernah berada di sepatuku. kecewa hampa sudah menjadi temannya detik itu. kerna itu, dia mengerti perasaan ini. suaranya sama dengan kekanda sahabat. namun aku masih lagi menyepi diri. biarlah... aku bahagia begini. seutas terima kasih aku kalungkan pada kalian berdua. namun, jujur pada diri sendiri adalah yang terbaik bukan? maka jika engkau mengerti, aku sebenarnya tekun menanti..........
sejak kebelakangan ini, aku dihembus pawana asmara. bosan dgn situasi ini, mulai saat ini aku akan menjadi diri sendiri. kembali menjadi wanita berani, menempuh apa jua yang mampir di hadapan. pawana itu semalam terlalu ganas, lantas memedihkan mata hingga terlerai embun kewanitaan di sepi malam. sendiri, aku mengesat pedih hati. namun, bertenang!! aku sudah kembali menjejak alam realiti dan kembali kepada Uyaisha yang biasa. hey kamu yang di luar sana, aku sudah menjadi diriku!! jadi tidak perlu engkau gugup atau gusar. kerana aku sudah kembali normal.
puisi ini dikarang pada zaman jahiliahku. hahaha. zaman awal remaja yang penuh dengan kegatalan. menurut diari aisya, sajak ini dilukiskan bertarikh 8.8.2006; jauh di sudut hati, jantung meronta-ronta untuk didengar permintaannya. meneriak agar suaranya didengar walau hanya di tepi cuping telinga aku rindu padamu bukan lagi rahsia. namun nada itu tidak jelas lantas.... jantung dibiar berdegup sendiri jantung berdegup dalam tangisan hanya diri dan DIA sahaja yang mengetahui bisikan hati. bibir ibarat lancar menyebut sayang bila mata bertentang mata kerana akal masih waras, bibir dibiarkan terus terkunci namun walau bibir terkunci, pintu hati senantiasa terbuka. tidak perlu mengetuk atau memberi salam, daun pintu telah terkuak luas. disiapkan sekali permaidani merah sambil menunggu untuk ditabur mawar bila datang bertandang dengarlah puisi hati ini... namun diri tetap sendiri walau dilaung di malam hari, suara hati umpama sayup lalu sepi mata menunggu tiada erti untuk apa? diri tetap se
semakin akrab aku melepasi yuda terakhir ini, semakin membuak rasa rinduku pada keriuhan kota. cita-citaku pabila menjejaki kota singa; menziarahi esplanade, teater di persisiran dan ambil sebanyak gambar yg mungkin. menghabiskan duit mother dan ayah (sempena hari lahir dan kepulanganku ke bandar temasek..:D) melayan Muhammad Asnawi yang biol tetapi lucu menikmati lampu di orchard road pabila menjelang christmas... menjamu selera di swensen dengan pilihan ais krim yang pelbagai..... ayuh semua, jemput ke Singapura!!
hari ini, ku kongsi mendung kelabu sukma bersama kekanda sahabat. "saudara kecewa?" aku menduga. "tidak mahu bicarakan tentang itu lagi." ringkas jawabnya. sedang aku masih bertatih, firasat hadir, memberitahu bahwa dia juga begitu. ah! sama-sama di dalam kesedihan. dia dengan si dia dan aku dengan si dia. sama-sama cuba melupakan. biarkan segalanya berlalu umpama mimpi. mimpi yang menghilangkan gundah dihati, timbulkan riang dalam nubari. nampaknya puan Mahsietha tidak mampu berbuat apa selain menjadi saksi bisu rasa syauq yang meronta. sudahlah, layar perahumu jauh dari dermaga kecewa. jangan kau singgah di sini lagi!
cahya itu sudah menjauh!! ah, diriku pasrah. mendung di luar sana. pathetic fallacy. apakan daya, aku tahu tiada erti menagih embun di tengah hari, namun aku masih mahu jua mencabar alam. maka diri sendiri yang kecewa. sekali lagi, kecewa dan sedih bersatu dalam nubari. lupakan dia itu. afandi hakim membuka topeng. aku tak mampu bersandiwara lagi. biar apa pun yang terjadi. suara hati umpama sayu lalu sepi. biar hanya aku sahaja yang mendengar suara sendiri. bangun dari tidurmu, cenderawasih. adumu sudah panjang diulit mimpi. gapai bintang yang kau impikan dahulu. biar segalanya tinggal memori, yang tercipta untuk dilupakan.
ukhwah. di setiap pertemuan, suara ini pasti berkumandang. walau tidak jelas, tetap ianya berbunyi. aku amat seronok dengan pengalaman yang indah yang telah aku kurnia dari beberapa hari yang lepas. walau kepenatan dan kebisingan tugas kerap menerjah jemala, aku tetap bahagia dengan setiap detik yang dilalui bersama. kepada 4 insan yang bekerjasama denganku, sejambak terima kasih aku gubah khas buat kamu semua kerana memberi pengalaman yang tidak ternilai ini. semoga jalinan mesra ini tidak ternoktah di sini sahaja.