diri sibuk membilang hari-hari terakhir bergelar gadis 19 tahun. hahaha. rasa tidak percaya angka dua puluh bakal dinobatkan di dalam hidup ini. rasa belum cukup sempurna untuk menyandang usia itu. ah.. tinggal 2 hari lagi! hanya tinggal detik ini sahaja aku mampu aku garap dan hargai. begitu pantas masa berlalu. doaku agar aku sempat menikmati usia 20 tahun dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan..... SUNGGUH AKU MASIH TIDAK PERCAYA AKU BAKAL TUA!!!!
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.