Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009
Puspa kemboja membisu. Malam itu, dia melantik bayu malam menemani rindu kasmarannya. Pertemuan pertama dengan sang arjuna satria, entah kenapa lekat erat di jemala. Arjuna bercanda ria sekali, lantas hati jadi terpaut. Pada fikirannya, arjuna cuba bermesra. Namun langkah tarinya tersekat. apa puncanya, dia juga terpinga. Andai tentangan mata itu diulang lagi, pasti sang puspa kemboja tidak mahu memeluk tubuh lagi. Kali ini, biar dia bersuara. Biar dia memecah ruyung, asalkan keyakinan sagu yang merah menjadi absah. Tuai padi antara nampak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.