Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2009
bayu dingin memupuk ke wajah ratna dewi. duduk berseorangan di sini, terasa asing sekali tanpa yang dikasihi. ternyata gering pasti ditemani syauq. rindu pada yang di teratak, rindu pada teman sepermainan. namun ratna dewi tetap sendiri. gering bercampur gulana di hati, ratna dewi serasa ada air jernih menitik dari kelopak mata. merpati putih ternyata sakit jua, menemani geringnya ratna dewi. lantas runsing ratna jadinya. ubati hati sendu, namun penawarnya juga tidak ketemu. rawan hati dan rawan diri ternyata hebat pukulannya. sedari tadi ratna berteman sutera biru, buat mengesat luka di muka. sakit benar rasanya...
terik suria menembusi kamar kecil milik puteri Tia. nyaman hari sebegitu juga dengan dalam hati. tumben, ada merpati putih singgah di sisi jendela, membawa nota kecil lakri di kaki. puteri mengambilnya lantas tersenyum simpul. daripada laksmana Andy rupanya merpati tersebut. pesannya mudah, beliau sepi. bagaimana puteri harus nyatakan lewat deru bayu? hargai mereka di sekeliling kerna itu merupakan sebahagian daripada kita. tanpa mereka, siapa diri ini. tegar benar laksmana membuka bicara sedemikan rupa. sedih menapak di dada. bagaimana sekiranya puteri sendiri di tempat lawan laksmana? sebegitu sekali hati laksmana berkata-kata. atau ia sekadar permainan kata? ah! puteri sudah jemu dengan situasi ini. sudah sekian lama puteri menelan bicara sebegini. lalu puteri menghantar merpati suci itu pulang, moga-moga laksmana menginsafi diri. kasihan pada merpati, entah-entah jasanya juga tidak dihargai..
renungan puspa kemboja tepat pada warkah tun perkasa. sedari terang tanah hingga mentari naik di jemala, puspa kemboja tetap melakukan perkara yang sama. warkah itu sarat bicaranya. bukan isi jadi santapan, malah suara sayup kedengaran. tun perkasa memang perkasa orangnya. bukan raut jadi pujian, malah fikiran dilambung-lambungkan. puspa kemboja menjadi terkesima dengan suaranya lantas diri menjadi malu pada sendiri. ingin dijaguh, ternyata masih jauh kelana puspa kemboja. indah sekali suaranya. akhirnya, puspa kemboja menjadi segan dalam kesima.
hanya pawana ini sahaja memberi ilham bagi uyaisha untuk mencoret sejarah. "anda seolah Ungku Maimunah." ternyata lambungan itu terlalu tinggi lantas uyaisha terjatuh terjelopok. kaguman demi pujian disimbah, maka diri ini bak debunga disirami air. ah! ternyata air itu asid lantas debunga hampir separuh mati. namun demi semangat perjuangan yang kental, debunga bangkit untuk mewarnai bumi. iya... sang debunga tahu bahawa pasti ada tangan-tangan gatal yang suka menghancurkan kelopak seri milik debunga. ketahuilah bahawa tangan itu takkan dibiar bersih tanpa tusukan duri debunga. yang utama, sang debunga bak si bakawali, dikelilingi cenderawasih untuk menjaga demi menjadi yang tercantik!
adakalanya mengagumi lagi mulia daripada mengasihi adakalanya mengasihi lagi elok daripada menyayangi adakalanya menyayangi lagi indah daripada mencintai adakalanya mencintai lagi pelik daripada membenci adakalanya membenci memungkinkan dia mengagumi pokok pangkalnya hati...
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?" "Karena aku seorang wanita", kata si ibu kepada anaknya.. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?" Tuhan berkata: "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan " "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan ana
chempaka membalas panahan. iya, individualisme! bosan sekali anggota digasak dengan yang tak pasti. sudah ditembak dengan peluru 'emas', ternyata kaca juga jadi pilihan. perbezaan mengakibatkan pencerakinan. benar itu! saudara Lanang ternyata lagi gagah senjatanya. bara digenggam sudah menjadi arang, namun kaca juga jadi pilihan. eh.. kemudian dikatakan pula kekalahan mungkin di pihak yang benar! hisy... ternyata sembilu tajam menusuk ke ulu hati. sudah segenap kudrat chempaka berhabisan, malah dipanjatkan pula doa kekalahan. sakit benar rasanya panahan ilmu!
tadi sang merpati berkirim khabar. puspita kemboja dikatakan akan tiba di pengkalan pagi esok. pelayaran puspita yang menurut desak bayu dicemburui arjuna. ingin sekali dia juga mengikut seru angin. malang, kakinya tidak mampu menapak jauh. maka setakat ini sahaja langkah arjuna. ah! cemburu arjuna jadinya. puspita beruntung benar nasibnya. ingin dijaguh, tidak mungkin terjadi. ternyata puspita lebih segalanya. sudah diadukan pada sang merpati. ia juga tidak mampu merawat rawan hati arjuna. dibisik untuk mencarikan penawar. ternyata merpati juga sedang mengembara, pulangnya ke sisi arjuna sekadar berpesan berita. pedih luka cemburu rupanya...