Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2009
airmata mengalir. puspita terluka. dalam lukanya akibat tusukan sembilu rasa. mulanya sekadar memanda berangkat awal menemui Yang Maha Esa. hati puspita hanya menahan pedih tanpa usrah menemani. kembara puspita bermula lagi. mahu sahaja puspita memesan cenderawasih menghantar puspita kembali kepada pangkuan famili. pedih kehilangan yang tersayang. memanda... bagaimana peritnya rasa yang dihadapi apabila mengetahui ada dia yang melebihi. makin dirobek luka yang dalam. mahu diadu pada siapa? akhirnya airmata menjadi teman setia. terlalu sakit rasanya. mahu kembali segera kepada Yang Kuasa. hanya Dia peneman abadi, walau pada apa musykil jua. Ya Rabb, sesungguhnya Kau adalah Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi. terima kasih di atas setiap kasih sayang yang Engkau limpahkan kepada kami.
PENAWAR RINDU Hadiahkan puisi ishq padaNya Lagukan syair kasih untukNya Hanya padaNya, untukNya Kerana Dia di mana-mana Senandungkan cinta ikhlas buatNya Ayat-ayat cinta. Bait-bait kasih Mesra dirangkul subuh dingin Semangat lama kian pulih Tiada lagi sedih Kerana Dia yang dipilih Suara kemajuan mula menyisip Sedang syair belum puas dititip Tahu, Dia pasti mengetahui Kembali bersua pada subuh esok Mau berkisah kasih yang elok Ayat-ayat kasih, bait-bait cinta Bukti ikatan mesra kita.
DUET gema nyanyian qudus bersambut irama alam indah, lembut tambah pesona seru seisi buana! mohon kembali kepadaNya biar dalam dakapnNya erat manira bertambah suci alunan ilahi kembali padaNya bersama tangis mentari seraya pulang fitrah hakiki ya Rabbul alamin, terimalah kami kembali
TANPA SUARA diam saya hanya perlu awak diam diam menurut kelam malam dan cerita semakin suram senyap mari sama kita senyap meminta agar mimpi ngeri terus lenyap cahaya biar malap hati kita tetap sunyi maka sini jadi sunyi walau nyaring kita bernyanyi tapi, dengarkah awak sebarang bunyi? sendiri oh, baru saya sedari ini adalah bicara diri sama hati tuan, hanya perhati biar saya hiburkan nubari dalam diam, senyap, sunyi bersendiri