airmata mengalir. puspita terluka. dalam lukanya akibat tusukan sembilu rasa. mulanya sekadar memanda berangkat awal menemui Yang Maha Esa. hati puspita hanya menahan pedih tanpa usrah menemani. kembara puspita bermula lagi. mahu sahaja puspita memesan cenderawasih menghantar puspita kembali kepada pangkuan famili. pedih kehilangan yang tersayang. memanda... bagaimana peritnya rasa yang dihadapi apabila mengetahui ada dia yang melebihi. makin dirobek luka yang dalam. mahu diadu pada siapa? akhirnya airmata menjadi teman setia. terlalu sakit rasanya. mahu kembali segera kepada Yang Kuasa. hanya Dia peneman abadi, walau pada apa musykil jua. Ya Rabb, sesungguhnya Kau adalah Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihi. terima kasih di atas setiap kasih sayang yang Engkau limpahkan kepada kami.
Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku. Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.