Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011
Bicara Purnama Tujuh Dalam sujud dia dan aku Bersatu lalu bertemu Munajat kasmaran berteduh Beriring istimewa berulang suci Maha Suci Tuhanku Yang Maha Tinggi Dan dengan segala puji. Purnama tujuh, cari sebelum pergi Kekal. Segala abadi Jagaku sering dijaga Jagaku tidak percuma Jagaku sebab yang di sana Jagaku masih ada jua.
Percayalah rindu ini masih cuba diubat. adakalanya Chempaka merenung Merpati, mungkin ada khabar yang dikirim sembunyi-sembunyi. namun ia tetap tertunduk sepi. oh! apabila Chempaka rindukan kesatria, akal mencongak, apa yang mungkin dilakukan di pelosok sana? adakah sedang kita lakukan hal yang serupa? lantas terdengar suara azan. sayup, tapi merdu pasti. Lazim berkirim pesanan pada Yang Esa khas buat kita berdua. Eh, barulah diri tersedar. Hanya dengan sujud sahaja kita berdua sedang bersama. Kesatria di sana, Chempaka di sini. takbir kita beriringan, ruku' kita bersamaan. iya, ternyata Yang Esa memberi kita ruang untuk beromantis di bawah naungannya. Tuhan, tolong jaga dia buatku.
benci sekali saat dinda tewas dalam berlawanan merebut ego. gemala berharga itu milik kita bersama. namun saat dinda mula mahu menunjukkan pencak, eh... kanda tiada! entahkan bertemu dengan Adi Putra untuk menambah kekebalan. walhal hal ini jarang berlaku antara kita. mungkin pertapaan dinda selama bermalam-malam menjengkelkan kanda lantas kanda juga memilih untuk menguatkan ilmu di dada. mungkin... seribu kemungkinan. jangan fikir dinda akan mengalah! lupakah kita sentiasa merebut hal yang sama sejak berpurnama lamanya? pukulan kanda membuat dinda mengumpul semula luka untuk dibalas suatu ketika kelak. bukan jahat juga niatnya, cuma serasa hanya dengan itu, kita menjadi kita!
harus dimulai dari awal. setelah berbulan menyepi, akhirnya saya memilih untuk kembali. apatah lagi mengenangkan bahawa pelbagai kisah kasih disemat di sini. mahu bersambung, semoga adalah pertaliannya. oh ya! banyak lagi yang harus saya kembali dari dasar...