Percayalah rindu ini masih cuba diubat. adakalanya Chempaka merenung Merpati, mungkin ada khabar yang dikirim sembunyi-sembunyi. namun ia tetap tertunduk sepi.
oh! apabila Chempaka rindukan kesatria, akal mencongak, apa yang mungkin dilakukan di pelosok sana? adakah sedang kita lakukan hal yang serupa? lantas terdengar suara azan. sayup, tapi merdu pasti. Lazim berkirim pesanan pada Yang Esa khas buat kita berdua. Eh, barulah diri tersedar. Hanya dengan sujud sahaja kita berdua sedang bersama. Kesatria di sana, Chempaka di sini. takbir kita beriringan, ruku' kita bersamaan. iya, ternyata Yang Esa memberi kita ruang untuk beromantis di bawah naungannya. Tuhan, tolong jaga dia buatku.