Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2008

kisah dia yang bernama sahabat

Sesungguhnya aku tidak mengerti kenapa diri dijauhi. Rasa bersalah menapak di dada. Kenapa? Aku sendiri menjawab diam. Dia membisu, begitu juga aku. Bilang sahaja padaku.. tiada salahnya. Jika benar aku telah melukakan hatinya, kenapa tidak dia berterus-terang sahaja? Yang penting, aku sudah hidangkan kekata ampun. Hanya tinggal urusan dia dan DIA sahaja..

kisah tentang pujian

Bukankah setiap insan layak menjamah ayapan puji? Ah.. aku berterusan tidak mengerti kenapa diri ini dikesampingkan. Bukan aku tidak bagus, bukan aku tidak setanding, bukan aku tidak upaya.. Cuma nasib menyendeng kepadanya. Benci aku pada peristiwa tadi. Sanggang fikiran mengalir bak tali arus. Bunga ilham puas aku mengentas. Namun tiada pangan kesima yang aku cicah dari rautnya. Atau adakah aku yang sentiasa menagih pujian? Bukankah itu yang sentiasa diharapkan oleh setiap manusia? Jadi bukan salahku. Tetapi salahmu! Sudah ku lakukan yang terbaik, namun masih engkau menghembus bayu bangga padanya yang sepatutnya mengheningkan sahara jiwa milikku. Ah.. aku terlalu kecewa.

madah pesona rindu

Tatkala sang pesona cinta melirik manja, aku terkapai mengejar pendayung yang semakin jauh. Puas aku berenang, menolak segala ombak yang datang menerjah. Tapi kaki ku letih, lalu aku terdampar sendirian di sini. Puas aku berdoa supaya ada engkau datang kembali, namun aku masih lagi sendiri. Kemana hilangnya kekasih hati? Di dalam mimpi aku mencari. Namun lewat tengah malam aku menjerit. Suaraku tenggelam ditelan sang gelita. Kembalikan pawana asmara padaku. Ubati hati rindu sendu. Cinta musafir tatkala tandus. Rayuan bujukan sudah ku hembus. Menunggu kau tiba agar bebunga kasih kembali memekar. Mengindah taman hati yang sering gundah.
api semangat yang membakar sewaktu bertekad mahu menulis tiba-tiba terpadam. suatu tamparan hebat masih tersisa kesannya. namun entah kenapa tiba-tiba hari ini aku kembali ditiup sebuah pawana kembara, maka segara penulisan kembali bergelombang dengan pancutan tunas fikiran.