Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012
Dosaku atasmu aku letakkan dosaku atasmu yang bikin kulupa ketawa yang buat kusenyum hiba yang biarkan mata dibungkus sendu. aku letakkan dosaku atasmu tiap gerakmu, nafasmu, bicaramu adalah himpunan dosaku yang membencimu. aku letakkan dosaku atasmu kembalikan ikhlasku yang katamu adalah milikmu. aku letakkan dosaku atasmu yang hakikatnya itu adalah kecewaku. ~ne me quitte pas~ *saat kusudahi cebisan ini, kau singgah lantas membawa senyumku kembali*
Tangisan Sang Neon Dalam dingin rintik hujan Kususuri jalan Sambil bermain melompat Di bercak-bercak berkeliaran Lalu kuterpandang si neon Menangis dalam keterpaksaan Rasa bersalah menghurung Atas memijak tadahan Airmatanya, kasihan Sekalipun simpati aku tumpahkan Neon tetap terangi jalan Walau sendiri bermandi tangisan. Chempaka Aizim 20/1/2012
Weeping willow with your tears running down, why do you always weep and frown? Is it because he left you one day? Is it because he could not stay? On your branches he would swing, Do you long for the happiness that day would bring? He found shelter in your shade, he thought his laughter would never fade. Weeping willow stop your tears, for there is something to calm your fears. You think death has ripped you forever apart, but I know he'll always be in your heart. Vada, My Girl (1991)
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.
"You should date a girl who reads. Date a girl who reads. Date a girl who spends her money on books instead of clothes, who has problems with closet space because she has too many books. Date a girl who has a list of books she wants to read, who has had a library card since she was twelve. Find a girl who reads. You’ll know that she does because she will always have an unread book in her bag. She’s the one lovingly looking over the shelves in the bookstore, the one who quietly cries out when she has found the book she wants. You see that weird chick sniffing the pages of an old book in a secondhand book shop? That’s the reader. They can never resist smelling the pages, especially when they are yellow and worn. She’s the girl reading while waiting in that coffee shop down the street. If you take a peek at her mug, the non-dairy creamer is floating on top because she’s kind of engrossed already. Lost in a world of the author’s making. Sit down. She might give you a glare, as most gi
Konsep Kau Kau adalah bayang-bayang di malam kelam, juga pembetulan yang silap, juga pengakhiran di titik permulaan, juga gumpalan duka dalam serakan rasa, juga titis dibenci gemawan, juga bisa merosak yang lain, juga belati bersalut madu. Kau adalah puisi yang bisu. Dan aku? Aku adalah sang ingkar, yang kau ajar daripada cintamu. Chem Aizim 11 Januari 2012 *Terima kasih atas dirimu yang mengembalikan diriku, menjadikan aku diriku semula.*
tidak mahu lebih. melihat tuan masih bernafas di pojok sana, sudah mengundang senyum. oh, mungkin tuan sedang menemani yang lain. ah! biarlah... senyum tetap dihadirkan. akhirnya, ada juga yang sempurna buatmu ya!
setelah kurenung dalam-dalam apa yang sebenarnya terjadi, mungkin inilah jawapannya. aku berharap berat semoga kau membaca dan belajar daripada kesalahan sendiri: · bilamana kita bersuara, pasti ia berakhir dengan perbalahan. jika tidak, kita tidak menjadi kita. lantas kita diam. · suaramu dan suaraku diselang-seli dengan hinaan yang dalam kepada satu sama lain. lantas egomu dan egoku tercabar. lantas kita diam · saat kau bersuara, aku mendiam. namun ketika aku bersuara, kau membantah. lantas pantas kita diam. · egoku dan egomu menghalang kita untuk terus bersuara. maka diam adalah yang kita pilih. · kini kau memilih berdiam. aku bertanya. kau kekal diam. lalu cerita kita tergantung... apa yang aku harapkan ialah kita dapat membina suara yang terakhir. aku perlu jawapan, perlu penjelasan. itu sahaja. sebagai seorang yang bijak pandai, tak mungkin perkara semudah itu terlalu berat bagimu? "If you wish to make a man your enemy, tell him simply, "You are wrong." This method
sebenarnya para dayang juga hulubalang semakin jemu mendengar rintihan yang sama. malah diri sendiri bosan berulang rasa saban malam. bilakah segalanya akan berakhir? sekadar mahukan jawapan; mengapa segalanya terlalu pantas? apa yang diingini sebenarnya? malam ini, si pilu datang lagi. menyentap jiwa walau jauh di relung hati, Chempaka sudah meredha. si pilu ini sekadar meneman kerana pawana rindu yang memberi pesan padanya: jaga Chempaka! sudah melecet kaki berlari, pilu dan rindu semakin menyatu. redha yang membenteng juga tidak tertahan dirempuh. lalu bagaimana? apa yang kau mahukan? mahu berpencak? ah! sudah lama Chempaka bersedia. namun pantang srikandi memula cabar. ayuh... setia kuberteman mantera sebagai bekal, menanti kesatria datang ke gelanggang semuka!
Mandala Wangi Meniti mandala ini Satu persatu langkah kukunci Berbekal cangkerang membisik misteri Bebuih ombak menyapa suci Senyum membalas Lalu kuhadiahkan cangkerang tadi "Bawalah ia pergi, kerana mandala ini sudah mewangi." Chempaka Aizim 8 Januari 2012
Lelaki Kotak Kaca Sebuah kotak kaca bina khas buatmu agar kau berteman angkuh sementara ia kasih awalmu biarkan kau jadi pameran buat kami yang tegar memeluk bumi . Chem Aizim 4 Januari 2012
rupa-rupanya, kesatria adalah hiburan yang paling seru dalam hidup Chempaka. malah lebih menghiburkan daripada rengekan manuk yang sering mengubat sendu. pada mulanya dirindu, kemudian berkasih, lalu benci, akhirnya lucu. ternyata kesatria hanya topeng si lebai yang tidak dibuat-buat. oh! Chempaka menutup wajah. malu benar rasanya kerana pernah berkasih dengan pahlawan sepertinya. hakikat, kejantanan semu sifatnya. aduh! dipanjangkan kisah pada Suri. Suri membenci. disuruh patahkan silatuhrahmi. oh... bukan tidak mahu. dalam diam, kesatria adalah pemangkin semangat. tanpa dirinya, Chempaka sekadar si kembang cina. perjuangan lebih keras dengan adanya bongkak kesatria. biarlah... biar kesatria mencari gemala, mengubat sumbang kekudanya.