Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010
kata-kata Bunda Ratu menyentap diri. benar pada sabdanya, maka puspita kian mula menjadi puteri sebenarnya. sentiasa berbisik, mahu menjadi kebanggaan semua. itu impian nyata. maka langkah harus waspada. bercampur pula camar tidak membawa pulang sebarang titipan. kecewa, namun lekas-lekas dihiris pergi. tidak mengapa. ada hikmahnya. kembali kepada Kitab Suci. setiaNya meneman diri. camar masih sunyi. tidak mengapa. tidak mengapa. bujukan membanjiri sukma. tidak mengapa. ada hikmahnya. bak kata pendeta, berkawan biar beribu. ribukan malah jutakan teman! bukan mengharap silaturahmi berpaut, apatah lagi kasih bersambut, cuma mau ikatan berturut. ah! segalanya ada hikmahnya.
arakian tersebutlah kisah kepulangan puspita berakhir sudah. puas dibujuk hati yang hiba, sisa keletihan masih terparut kemas di jemala. mahu terus bersemi di teratak, menghilang segala capek dan penat. apakan daya, pantang Melayu menderhaka. maka kelana puspita bersambung jua. terus menabur budi pada mereka di sekeliling. akhir kembara, moga terlakri segala jasa sebagai ingatan abadi untuk semua.