Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Andy dan Tia - Si Pengirim Garam II

Kau pernah bertanya pada Si Pengirim Garam itu tentang kesungguhannya untuk menghantar garam itu atas sebab simpatinya terhadap kau yang menunggu di puncak gunung antah-berantah itu, atau kerana keikhlasannya pada nasib kau yang tidak pernah mencicip masinnya garam? Kau benar-benar keliru. Sementara dia pada awalnya menjelaskan di sebalik tugasnya sebagai pengirim, dia juga manusia biasa. Dia tahu bahawa kau adalah hamba Tuhan yang layak menjamah rasa masin, lantas tidak peduli pada kata-kata orang lain atas kebodohannya mengayuh basikal yang berat muatan untuk kau. Dan saat dikenang semula betapa kau mempersoalkan keikhlasannya, dia sedang kesat airmata.

Andy dan Tia - Vignet Ramayana

Guyur tidak renggang dengan langit malam sejak sepurnama lalu. Ttia masih duduk sambil melihat titis-titis yang menari di luar jendela. Mungkin Tuhan mahu memujuknya, atau memeluknya dengan dingin yang tidak tercipta dek manusia. Malangnya, dingin yang diperturunkan oleh pencinta kiri kanannya terlalu membeku hingga dia terpaku untuk lari dari segalanya.  Rama dan Bunda. Kekasih sejak kecil yang tidak putus memujuknya, sesuai dengan amanah Tuhan kepada mereka.  Siang tadi, mereka berpapasan fikrah lagi. Bunda yang lebih lantang tetapi penuh susila, sementara Rama pula sosok perkasa yang lebih selesa berfikir tetapi tidak pernah putus membujuk.  Maka, di manakah Ttia?  Oh, ada di sini sambil mengutip sisa-sisa airmata langit yang lebih kecewa atas perpisahan manusia yang tidak pernah putus berlaku.  Rama dan Bunda tidak pernah tahu. Atau mereka faham bahawa Ttia cuma anak kecil yang tidak layak berperasaan sama? Atau mungkin selama ini, Ttia memilih untuk menari dalam