Kau pernah bertanya pada Si Pengirim Garam itu tentang kesungguhannya untuk menghantar garam itu atas sebab simpatinya terhadap kau yang menunggu di puncak gunung antah-berantah itu, atau kerana keikhlasannya pada nasib kau yang tidak pernah mencicip masinnya garam? Kau benar-benar keliru.
Sementara dia pada awalnya menjelaskan di sebalik tugasnya sebagai pengirim, dia juga manusia biasa. Dia tahu bahawa kau adalah hamba Tuhan yang layak menjamah rasa masin, lantas tidak peduli pada kata-kata orang lain atas kebodohannya mengayuh basikal yang berat muatan untuk kau.
Dan saat dikenang semula betapa kau mempersoalkan keikhlasannya, dia sedang kesat airmata.