Skip to main content

puisi ini dikarang pada zaman jahiliahku. hahaha. zaman awal remaja yang penuh dengan kegatalan. menurut diari aisya, sajak ini dilukiskan bertarikh 8.8.2006;


jauh di sudut hati, jantung meronta-ronta untuk didengar permintaannya.
meneriak agar suaranya didengar walau hanya di tepi cuping telinga
aku rindu padamu bukan lagi rahsia.
namun nada itu tidak jelas lantas....
jantung dibiar berdegup sendiri
jantung berdegup dalam tangisan
hanya diri dan DIA sahaja yang mengetahui bisikan hati.
bibir ibarat lancar menyebut sayang bila mata bertentang mata
kerana akal masih waras, bibir dibiarkan terus terkunci
namun walau bibir terkunci, pintu hati senantiasa terbuka.
tidak perlu mengetuk atau memberi salam, daun pintu telah terkuak luas.
disiapkan sekali permaidani merah sambil menunggu untuk ditabur mawar bila datang bertandang
dengarlah puisi hati ini...
namun diri tetap sendiri
walau dilaung di malam hari, suara hati umpama sayup lalu sepi
mata menunggu tiada erti
untuk apa?
diri tetap sendiri
hati hanya mampu dihiburkan dengan airmata kasih
rindu, cinta sayang tidak dimengerti
tidak dipeduli
gurauan mereka mengatasi keluhuran diri
tawa mereka mengatasi keikhlasan hati
hanya pada NYA diri mengadu
kerana perasaan ini datang kerana NYA
dan datang untuk NYA
diri meminta agar perasaan dapat dibaca
kalau tidak, cuma pinta disedari
diri bukan insan kamil
bukan segala perkara dapat direalisasi
mengagak dalam cuba memahami
sudah cukup membuat diri bahagia
tersenyum sendiri di dalam gelap
kerana nikmat ini pertama kali dikecapi
tidak pernah tergambar seronoknya menyayangi
namun diri bersoal sendiri
apatah lagi agaknya jika hati ini disayangi
buat kali terakhir, diri ini merayu agar dengarlah bait-bait yang lahir dari hati yang sepi
hati berdoa lagi agar jeritan sepi ini dapat menembus sanubari dia yang bernama lelaki.
akhir sekali,
hanya padamu sayang ini bersemadi
~inspirasi Z.A dan narmI~

Popular posts from this blog

Andy dan Tia - Tanah Liat dan Daging Bakar

Tia benar-benar marah pada Andy. Tia bingit. Tia sakit hati. Suaminya itu kini membatu kaku, langsung tidak berani menyorot mata lahap isterinya. Apa yang cuba dilakukan hanyalah untuk memberi kejutan yang paling istimewa buat isterinya. Kejutan itu bukan sahaja untuk isterinya, malah dihadiahkan sekali pada putera di dalam kandungan isterinya. Dia tahu dia sudah membuat kerja gila. Mungkin lebih gila daripada perkataan gila! Aroma daging bakar yang duduk di hadapan pasangan itu menerobos hidung yang sedang kembang-kempis. Hajat Tia yang mengidam telah segera ditunaikan oleh Andy. Namun sekarang dia yang keras dimarahi. Andy seolah-olah meminta simpati pada sahabat setianya, roda pembentuk tembikar yang mengintai di luar rumah. Hanya itulah sahabatnya yang mengetahui isi hati Andy selama ini. Tanah-tanah liat di samping roda tersebut pula adalah aksara yang menceritakan segala tentangnya, termasuklah kisah cinta antara dirinya dan Tia. Kini roda itu juga kelihatan seperti ...

Andy dan Tia - sebuah buku dan ais krim

Sudah beberapa malam dia membiarkan buku itu tidak tersentuh. Malam itu, novel masih di atas meja. Antara novel dan Andy, masing-masing menenung antara satu sama lain. Lelaki itu merasa bersalah kerana ada sesuatu yang membuatkannya berhenti daripada menyambung telaahnya. Mukasurat 138. Iya, dia terhenti pada halaman tersebut. Puncanya, ada kesan kotor akibat ais krim. Suatu ketika dahulu, dia terlalu mencintai novel tersebut. Lewat petang, dia pasti akan singgah di pesisir pantai itu dan membaca sebelum matahari jatuh sepenuhnya. Pada waktu itulah, saat dia khusyuk pada muka surat 137, tiba-tiba ada sesuatu yang gugur ke atas bukunya. Jatuhnya pula di pertengahan mukasurat 138. Andy jadi marah, terlalu marah. Buku adalah kekasih yang sentiasa dibalut cintanya. Apatah lagi, yang mencacatkan kekasihnya adalah sepotong ais krim. “Maafkan saya,” suara seorang gadis memecah kesunyian pantai itu. Sekilas itu juga dia mengalihkan wajah dari novelnya. Ada seorang gadis di sisi memeg...

Andy dan Tia - Sang Penikam

  Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku.   Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.