selamat hari lahir pada diriku!!! alhamdulillah, Allah mengizinkan diri ini menghirup nafas khalifah selama 20 tahun. tidak terduga begitu cepat masa berlalu. walau sudah mencecah usia yang matang ini, aku masih percaya bahawa aku masih lagi 'daddy's girl'. ayah, mother dan awi, seuntai terima kasih aku persembahkan pada kalian kerana membawaku jauh terbang ke dunia realiti yang tidak pernah membosankan. kepada sekalian taulan, sejak yang ku kenali dari zaman tadika hingga ke peringkat menara gading ini, kalian adalah penyeri hidupku. sonder kalian, siapa lah diri ini. kalian membantu diri menjadi lebih matang dan menghargai kehidupan. ah! terlalu ribuan terima kasih ingin ku gubah di sini untuk sekalian insan di dalam hidupku ini. akhir kalam, selamat tinggal angka belasan dan selamat datang angka dua puluhan....
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.