Skip to main content
bsk hari raya aidiladha@ hari raya korban. tapi mood nak bersajak membuak-buak, entah kenapa. mungkin keadaan yang tengah 'red' ni, jadi mood swing la sikit kan. :D. tambahan pula sangat terkesan dengan sajak dari filem sepi. so sweet even bait-bait katanya sangat mudah. ini yang dinamakan 'sweet n simple'...

puisi sepi

bisikku pada bulan
kembalikan
temanku...
kekasihku...
syurgaku...
tanpa dia malam menemani aku
sepi memelukku
bulan jangan biar siang
biar malam ini kelam
biar ia sepi sepertiku....


puisi malam

malam menemuiku
hembusan bayu berbicara
cari dirinya dalam sepi
setelah berjumpa dengannya
usah engkau berlari lagi
dia setia menemanimu
tiada siapa dapat berganti
engkau tidak mungkin kesali
sungguh dia setia menemani
dan akan ku tagih kasihnya
hingga hirupan nafasku yang terakhir...

(bilik awi 845pm, 7.12.2008)

Popular posts from this blog

Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.
cenderawasih burung kayangan, tuanku putih kilau keemasan. pandanglah hamba si gagak hutan, sebelah mata pun hamba tak terkilan. sebenarnya diri ini musykil, samada aku yang menjadi cenderawasih atau si gagak hutan? namun jauh di lubuk hati, aku begitu yakin bahawa aku adalah sang cenderawasih yang menagih cinta dari si gagak hutan. hahaha, sungguh diri ini kejam. aku tidak sanggup turun takhta demi memuja dia yang menjadi idaman hati. maka jelas sekali aku adalah sang cenderawasih, burung kayangan.
daniel. seorang adik sepupu. begitu comel dia meletakkan dahinya di atas jubin lantai dar nya. hati ini akan pasti tersentuh dengan melihat keletah si comel 1 tahun ini. ah.. rindu pada kota singa dan keluarga semakin terus membuak.