sejak kebelakangan ini, rinduku berbisik padanya. sudah lama dia tidak singgah di jendela hati ini. namun entah kenapa pabila pulang ke kota ini, hatiku terusik tentang dirinya. apa khabar cinta? rasa syauqku bertalu padamu. dimana dikau sekarang? apa yang sedang engkau lakukan? ingin ku sampaikan lewat bayu menderu bahawa aku tidak pernah melupakan dirimu. walau engkau tidak pernah mengenali siapa diriku, jauh dilubuk hati ini, namamu mekar disanjung tinggi.
tahukah dikau, bila aku terpadangkan gambar ini, aku membayangkan dia adalah kamu. yang menantikan ketibaanku sambil membilang pawana yang berhembus. yang menungguku muncul dibalik percikan suria. yang mencariku walau tiada tahu mana titik mulanya. namun yang aku tahu, itu semua bayanganku, yang sentiasa mengharapan ia adalah realiti....