Skip to main content

pesan seorang isteri untuk suaminya.... (ilham dari penikahan mawi dan ekin)


wahai kekanda suami.
alangkah bernilainya hidup ini apabila mendengar lafaz akadmu pada pagi yang hening itu. sungguh engkau beriya mahu merampasku dari milik ayahanda dan bonda. tidak ku rasa salahnya. kerana aku tahu bahawa aku adalah sebahagian dari tulang rusuk kananmu. aku adalah milikmu. aku juga tahu wahai kekanda suami, layar bahtera bahagia kita bakal dinaikkan. dari itu bisikku padamu, aku teramat sayang padamu.

kekanda suami,
kucupan di dahiku darimu amat lembut rasanya. begitu juga mungkin lembutnya kasih yang bakal engkau taburkan padaku. kekanda suami, tidakkah kekanda bayangkan, kucupan yang indah di hari bahagia bakal memulakan segalanya, dan ia jua mungkin menjadi penutup kisah kita suatu hari nanti. di dahi ini kau berikan ciuman permulaan, dan di dahi ini juga nanti engkau kucup tatkala sutera kafan membaluti jasad kakuku. kekanda suami, benar bukan kucupan itu sangat berharga bagi kehidupan manusia. maka itu pesanku padamu, jangan engkau sia-siakan jaminan yang telah engkau berikan.

kekanda suami,
pesanku padamu. jika ditakdirkan aku dijemput dahulu darimu oleh yang Maha Esa, aku sangat berbahagia jika engkau meneruskan hidup ini dengan penuh rasa gembira. jangan dikau bermuram durja. cuma ingin ku ingatkan dirimu, jika engkau memilih untuk mencari penggantiku, kita tidak mungkin akan bertemu lagi. baik di alam mimpi mahupun di dalam syurgawi. sungguh dirimu milik isterimu yang kedua, bukan diriku lagi. oleh itu jangan dikau mencariku lagi setelah hari mega pembicaraan. aku? aku akan terus tersenyum berirmata di sebalik hijab. pesan yang tua; jika kita mahu membahagiakan orang yang kita kasihi, kita harus membiarkan dia hidup bahagia walau apa cara sekalipun. syahadan, senyumku akan sentiasa menjadi milikmu walau bukan begitu sebaliknya......

Popular posts from this blog

Andy dan Tia - Sang Penikam

  Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku.   Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.

Andy dan Tia - Pentas

"Terima kasih atas puisimu ini." Andy menghantar Tia ke atas pentas sastera itu dengan senyuman paling jujur. Walau apa yang terjadi, Andy cuba untuk melepaskan beban wanita itu. Bukan miliknya, tetapi sesungguhnya ada rasa tanggungjawab yang dia letakkan atas pundak sendiri untuk menolong wanita itu bilamana diperlukan. Dan saat dia tidak berpuisi untuk dibaca di atas pentas, Andy segera menggubah sesuatu untuknya. Tidaklah terlalu cantik, tetapi cukup kadar seninya. Andy nampak Tia disuakan puisi yang lain daripada pengurus pentas. Dari cara bicara tubuhnya, Tia nampak tidak selesa sambil menggenggam erat kertas kecil berisi puisi Andy. Andy tunduk. Jika diketahui Tia bahawa dia sedang memerhati, pasti wanita itu dihurung kebersalahan. Hakikatnya Andy mahu Tia tahu bahawa dia tidak akan sesekali menghukum atas apa-apa keputusan Tia. Andy tahu benar, puisi itu cuma cukup kadar seninya sahaja. 

Andy dan Tia - Suzuki Biru

Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan.  Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling.  Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...