Skip to main content

semalam bersama seisi famili ke pawagam bersantap hidangan reptilia. haha. bukan.. sebenarnya kami sekeluarga ke panggung wayang menonton filem dari Malaysia bertajuk 'Cicakman 2: Planet Hitam'. pengalaman yang menyeronokkan, apatah lagi dihidangkan dengan lawak jenaka dari pelakon komedi Saiful Apek. namun apa ang menarik tentang cerita ini ialah mengenai watak superhero yang sangat kemelayuan sekaligus keislaman. setiap kali cicakman dipukul, beliau tidak henti-henti menyebut kalimah 'Allah'. kagum aku dengan pendekatan ini. apabila sang cicak dicekik oleh watak penjarah, beliau mengucap kalimah syahadah. wah.. benar sekali aku kagum dengan hero sebegini. 'standing ovation' aku berikan pada penulis skrip, pengarah dan pembawa watak.


cuma apa yang sangat dikesali ialah watak Rrama yang sering menuturkan kata 'artistik'. tidak dapat aku lihat dimana artistiknya kalimah 'artistik' itu. seusai tayangan, aku tanyakan pada famili tentang apa definisi Rrama tentang 'artistik'. menurut mother, mungkin dari pandangan sudut kamera. jika benar Rrama begitu mengobsesi tentang kamera dan gambar, mengapa di ruangan peribadinya tidak diperlihatkan gambar yang diambilnya atau mungkin gambar penjenayah yang dihentam dengan cara yang mengerikan? dengan ini mungkin 'artistik' nampak lebih jelas..


apa pun, aku amat berpuas hati dengan filem ini. tahniah sekali lagi buat seluruh ahli yang menjayakan 'Cicakman 2: Planet Hitam'....

Popular posts from this blog

Andy dan Tia - Sang Penikam

  Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku.   Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.

Andy dan Tia - Pentas

"Terima kasih atas puisimu ini." Andy menghantar Tia ke atas pentas sastera itu dengan senyuman paling jujur. Walau apa yang terjadi, Andy cuba untuk melepaskan beban wanita itu. Bukan miliknya, tetapi sesungguhnya ada rasa tanggungjawab yang dia letakkan atas pundak sendiri untuk menolong wanita itu bilamana diperlukan. Dan saat dia tidak berpuisi untuk dibaca di atas pentas, Andy segera menggubah sesuatu untuknya. Tidaklah terlalu cantik, tetapi cukup kadar seninya. Andy nampak Tia disuakan puisi yang lain daripada pengurus pentas. Dari cara bicara tubuhnya, Tia nampak tidak selesa sambil menggenggam erat kertas kecil berisi puisi Andy. Andy tunduk. Jika diketahui Tia bahawa dia sedang memerhati, pasti wanita itu dihurung kebersalahan. Hakikatnya Andy mahu Tia tahu bahawa dia tidak akan sesekali menghukum atas apa-apa keputusan Tia. Andy tahu benar, puisi itu cuma cukup kadar seninya sahaja. 

Andy dan Tia - Suzuki Biru

Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan.  Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling.  Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...