
smlm, aku termimpikannya.. ah!! benci sekali aku dengan mimpi itu. manakan tidak, dia menjadi temanku. hairannya, gadisnya dibiarkan sendiri, sedang aku dilayan bak puteri cenderawasih. terjaga malam, lenaku kurang. terbayang dia dengan perlakuannya yang lebih dari biasa. mungkin kerana sering aku memikirkan keadaannya yang membosankan, maka mimpi itu terbit dari hati. ah... aku tidak mahu bermimpi tentang perkara itu lagi. noktah. cukup sekadar semalam. igauan ngeri yang teramat ngeri...