
terkadang aku rasakan ia adalah suatu bebanan.. mungkin dari mata yang lain memandangku sebagai istimewa. penganugerahan yang tidak ternilai telah ku terima tidak mungkin dapat ditukar ganti. namun di pihakku pula, aku rasakan bahawa ibarat memikul bahang periuk api. kecewa, bosan bersatu dalam nubari. aku sedih. namun tiada siapa yang peduli. mujur ada si dia, pengubat luka. kerana dia aku masih lagi tabahkan kaki berdiri untuk hadapi semuanya. hanya kerana dia istimewa. entah di mana auranya, aku sendiri tidak pasti. yang pasti, kehadirannya menyenangkan diri ini. nampaknya, cenderawasih terpaksa melabuhkan sayapnya sebagaimana puteri Badrul Muin terpaksa menjadi Affandi Hakim demi mencari cinta sejati....