Hati: akhirnya engkau berani mengenakan kasut bertumit setinggi 2 inci untuk berhari raya.
Akal: engkau membunuh kakimu sendiri. Engkau sengaja memanggil lenguh dan letih untuk singgah di telapak kakimu.
Hati: ah! Biarlah. Bukan selalu engkau dapat rasakan pengalaman ini. Lihat semua yang berada di sekelilingmu, mereka berbelanja bermatian- matian untuk aidilfitri. Engkau mahu ketinggalan?
Akal: engkau mahu tergolong dalam kelompok yang dimurkai Tuhan kerana membazir?
Hati: tidak mengapa, wahai diri. Jangan engkau gusar. Bukan selalu engkau dapat menghabiskan wang ayahmu sehingga S$135 hanya untuk persalinan satu hari.
Akal: S$135!! Kalau ditukarkan pada ringgit Malaysia, angkanya sudah mencecah lebih dari RM200. Gila engkau wahai diri..
Akhirnya diri memenangkan pihak syaitan (hati) demi aidilfitri yang suci.