semalam sedang aku melungsuri internet dan melayan beberapa teman di bilik bual pada jam 12 tengah malam, bunyi ketukan bergema di balik pintu. terkejut bercampur curiga, paling meluap-luap adalah geram.. pada waktu begini, siapa saja yang menganggu ahli bait yang ingin berehat.
sebaik pintu dikuak, seorang gadis kecil molek sedang berdiri sambil memegang sebuah balang yang bersaiz sederhana. tanpa rasa bersalah, tersembur ayat dari geseran dua bibirnya, "kami dari fakulti pendidikan hendak memungut derma untuk rumah tumpangan orang-orang kurang upaya". oleh kerana memikirkan kebajikan, maka keluarlah RM5 dari dompet dan diisi ke dalam balang tersebut.
kritikan:

- apakah bangang mintak derma pukul 12 malam??? tak tau ke orang nak rehat.. nasib baik aku lom tido. menyirap juga darah.. nak buat amal kebajikan pon agak-agak la waktu. tak pas exam civic agaknya...
- dalam balang tu dimajoritikan duit RM1. pahamlah da abis raya ni poket kering ckit. nak nukil sikit joke yang pernah dibaca.
"RM50 jumpa RM1. RM50: RM1, kau ada pergi mana-mana tak? aku adalah pergi KLCC, Sepang circuit. RM1: alah aku biasalah, masjid, surau,masjid ,surau.."
get the joke?? so pk2 sendiri lah..