Skip to main content

hari ini mataku bengkak lagi.... huargh!!! stress sey, nanti kawan-kawan tegur.. huargh!! this type of sickness is actually because of low immune system.


actually cant agree more la.. duduk kat malaysia really buat aku fikir dua kali. aku duduk sini, secara tidak langsung aku jadi kuat. aku terpaksa berdepan dengan pelbagai perkara yang pada aku dulunya ridiculous. such as senduk makanan yang pernah disinggah lalat before aku senduk. dulu pada aku benda macam ini akan buat aku sakit, dan aku akan hindarinya.


tapi sekarang akibat aku takut sakit yang dulu, aku da sakit sekarang. because of what?? sebab aku terlalu dimanja dengan kebersihan. look at my hometown, everywhere ada shelter, ada escalator etc. tak mustahil 1 day my ppl will become the ppl dalam movie Wall-e. tk berkhasiat langsung.


huargh!! berdenyut lagi mata aku... kena potong lagi la nih.....

Popular posts from this blog

Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.
cenderawasih burung kayangan, tuanku putih kilau keemasan. pandanglah hamba si gagak hutan, sebelah mata pun hamba tak terkilan. sebenarnya diri ini musykil, samada aku yang menjadi cenderawasih atau si gagak hutan? namun jauh di lubuk hati, aku begitu yakin bahawa aku adalah sang cenderawasih yang menagih cinta dari si gagak hutan. hahaha, sungguh diri ini kejam. aku tidak sanggup turun takhta demi memuja dia yang menjadi idaman hati. maka jelas sekali aku adalah sang cenderawasih, burung kayangan.
daniel. seorang adik sepupu. begitu comel dia meletakkan dahinya di atas jubin lantai dar nya. hati ini akan pasti tersentuh dengan melihat keletah si comel 1 tahun ini. ah.. rindu pada kota singa dan keluarga semakin terus membuak.