sepatutnya chempaka di dalam alam lena, namun perkhabaran yang satu bikin chempaka gelisah. bukan pada khabar itu, tapi pada yang dikirim. bukan chempaka, tetapi sang cendana. ah! chempaka terlalu rindu pada cendana. mahu dikembalikan tawa sendu bersama. namun takut juga menyelubungi diri. ah! rindu yang menebal menjadikan airmata mudah digugur. chempaka terlalu rindu. namun terlalu lama chempaka diamuk rajuk. ternyata rajuk memakan diri. bagaimana ya? harus dimulai dulu atau menanti sahaja. chempaka serasa mahu melepas rindu lewat cucuran airmata. oh cendana! ke mana hilangnya dikau? sampai benar hatimu melupakan chempaka yang sedia merindu...
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.