cendana! akhirnya chempaka bertemu dengan zauj cendana. terlalu bahagia hingga serasa mahu mengeluarkan airmata. oh cendana. sesungguhnya pencarian ini terlalu lama. walaupun belum ketemu secara nyata, pasti chempaka sudah hampir ketemu jawapan. oh.... bukan kepalang girang rasanya. tapi... mahu menangis juga ya. melihatkan cendana sudah berubah lewat lembaran yang dikirim merpati. sayu. cendana lebih mulia daripada chempaka. bagaimana begini pula akhirnya. iya, masih mahu menangis. airmata gembira tambah hiba.
Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku. Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.