sudah sekian lama puspita tidak berpuisi. entah pada purnama mana akhir puisi dilagu. malam sunyi menjadi teman. biar alun bayu berbisik puisi, melawan ganas ombak pantai.
Terima kasih rembulan
terima kasih rembulan suci
peneman sendu dalam nubari
jauh cintaku belayar pergi
mahu dikejar, ternyata kaki digari
sudah diseru kuda sembrani
penawar dicari rawan di hati
terima kasih rembulan manis
ternyata merah terlalu bengis
duduklah puspita dalam tangis
nubari pedih bak dihiris
sedar harapan jelas tipis
penantianku ini takkan terhakis
sampai kapan pun tidakkan habis
terima kasih rembulan penuh
jadikan penantian ini tiada jenuh
mengubat hati sebelum lumpuh
yakin kasihku ini terlalu kukuh
ah! ku terdengar laungan guruh
biar ku mencari tempat yang teduh
akan ku ke sini lagi menjelang subuh
demi menanti sekujur tubuh
ingin ku lena dalam dakapan teguh
kasih yang ku nanti dalam jauh
Terima kasih rembulan
terima kasih rembulan suci
peneman sendu dalam nubari
jauh cintaku belayar pergi
mahu dikejar, ternyata kaki digari
sudah diseru kuda sembrani
penawar dicari rawan di hati
terima kasih rembulan manis
ternyata merah terlalu bengis
duduklah puspita dalam tangis
nubari pedih bak dihiris
sedar harapan jelas tipis
penantianku ini takkan terhakis
sampai kapan pun tidakkan habis
terima kasih rembulan penuh
jadikan penantian ini tiada jenuh
mengubat hati sebelum lumpuh
yakin kasihku ini terlalu kukuh
ah! ku terdengar laungan guruh
biar ku mencari tempat yang teduh
akan ku ke sini lagi menjelang subuh
demi menanti sekujur tubuh
ingin ku lena dalam dakapan teguh
kasih yang ku nanti dalam jauh
ilham uyaisha ~ 2009