Pertanyaan: Bagaimana kiranya jika apa yang kau gubah itu dicemuh orang? Tidakkah kau khuatir ditertawakan?
Andy kulum soalan itu. Terlalu lama hingga Tia sangkakan lelaki itu mahu meludahnya dengan apa yang terkumpul. Namun Andy cuma diam.

Tia tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk membuatkan lelaki itu berbicara. Bebunga yang dibentangkan atas meja oleh Andy masih tersusun, menunggu untuk dipotong tangkainya sebelum satu-persatu menjadi korban pada suatu keindahan yang bernama seni.