pengalaman pertama kali naik ke atas panggung. bangga sebentar apabila merasakan darah bangsawan masih mengalir di dalam jasadku. begini rupanya perasaannya menjadi anak wayang. baru aku sedar mengapa ayah sangat melarang aku menjadi dirinya. bukan sahaja pergaulannya yang bebas, tetapi juga bebanan kerjanya terlalu berat untuk digalas, lebih-lebih lagi aku seorang anak gadis. beberapa foto sempat terakam sewaktu sesi solekan sebelum teater bermula. ah.. pengalaman yang sangat menyeronokkan...
Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku. Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.