semakin hari, debarnya semakin memuncak. atma meronta-ronta. takut. takut. takut! entah kenapa tiba-tiba tanganku menggigil dan kakiku terasa sejuk. bukan faktor hari yang sedih pastinya. mungkin fikiran terlalu menerawang jauh, hingga ke hari itu. ah!! adakah aku sendiri sahaja yang begini sedang yang lain tenang-tenang sahaja?? namun patut juga aku begini. semuanya bergantung padaku! ah!! tekanan demi tekanan menghimpit diri. ingin aku menjerit! AAAAHHHHHHH!!!!!! bagaimana harus aku bertenang sedangkan kita belum mencapai tahap sempurna???? tolong ya Rabbi! aku terlalu takut....
Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku. Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.