terasa seperti di awangan!! tidak tergambar betapa seronoknya apabila cerpen yang dihasilkan (leteran ibu masih bergema apabila sibuk menghabiskan cerpen ini, tidak tolong beliau di dapur) tersiar di majalah dewan siswa. hey.. INI MAJALAH YANG DIIKTIRAF DI SELURUH MALAYA!!!!!!! pujian yang tidak putus2 dari Dr Mawar sendiri cukup membuat diri seperti mahu menangis. Terlalu kuat lambungan pujian seakan diri seperti lemas. percayalah, ini adalah pemangkin untuk diri ini untuk melangkah dengan lebih jauh lagi. kentalkan semangat, InsyaAllah diri akan berjaya!!!!!
Tia benar-benar marah pada Andy. Tia bingit. Tia sakit hati. Suaminya itu kini membatu kaku, langsung tidak berani menyorot mata lahap isterinya. Apa yang cuba dilakukan hanyalah untuk memberi kejutan yang paling istimewa buat isterinya. Kejutan itu bukan sahaja untuk isterinya, malah dihadiahkan sekali pada putera di dalam kandungan isterinya. Dia tahu dia sudah membuat kerja gila. Mungkin lebih gila daripada perkataan gila! Aroma daging bakar yang duduk di hadapan pasangan itu menerobos hidung yang sedang kembang-kempis. Hajat Tia yang mengidam telah segera ditunaikan oleh Andy. Namun sekarang dia yang keras dimarahi. Andy seolah-olah meminta simpati pada sahabat setianya, roda pembentuk tembikar yang mengintai di luar rumah. Hanya itulah sahabatnya yang mengetahui isi hati Andy selama ini. Tanah-tanah liat di samping roda tersebut pula adalah aksara yang menceritakan segala tentangnya, termasuklah kisah cinta antara dirinya dan Tia. Kini roda itu juga kelihatan seperti ...