Andai aku sebiji bola
Apakah yang mungkin ku rasa?
Pasti ku bahagia
Menjadi teman anak comel
Dia asyik melambung bolanya
Melambung ibarat itu adalah puncak kebahagian
Aku dibuai di dalam permainannya di setiap senja
Sungguh anak itu pintar
Lambungannya kuat
Namun seringkali dia berjaya menangkap diriku
Aku asyik dengan keseronokkan yang dikongsi bersama
Sedang dia melambung tinggi
Suara ibunya memanggil pulang
Oleh kerana terkejut, aku dilupa untuk ditangkap
Lalu aku terjatuh ke dalam kolam
Ku lihat anak itu hanya membiarkan aku pergi
Aku jadi kaget
Tiada haluan, dibiar sendiri
Terapung-apung mencari tujuan
Jika engkau membaca bait-bait yang lahir dari hati
Kau akan sedari
Aku di sini telah menanti
Namun aku tidak mungkin terus menanti