sandiwara. manusia begitu sinonim dengan sandiwara. begitu juga dengan chempaka, masih giat bersandiwara. namun sandiwara yang satu bikin chempaka sangat terkesima. ternyata raut yang indah tidak menjamin jiwa yang nyaman juga. iya, chempaka masih kaget. bagaimana seorang yang dipuja dari dahulu lagi, begini akhirnya? pernah dahulu berpesan pada diri, jaguhi satria. ah! ternyata mahu berjaguh sama insan sebegitu. benar, insan itu bersifat pelupa. hingga chempaka ikut bernisyan tentang dirinya hingga hampir menjadi insan juga. akhirnya, chempaka malu pada satria. malu teramat. malu kerana maujud seorang insan bersifat insan sepertinya.
Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku. Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.