ada selimut takut menyelubungi puspita. takut berasas hormat ternyata membebankan jiwa. bagaimana jika permusuhan berlangsung antara keduanya? puspita masih menyorok di pojok kamar. adakah kalimat puspita memungkinkan segalanya? takut menyelubungi lagi. kali ini erat dakapannya. mahu berlari, ternyata lilitan ini takkan terungkai. jadi bagaimana penyudahnya? maaf dari puspita; tetapi untuk siapa? oh.. berat sukma meronta tolong. sudah dikhabarkan pada mendara perwara. namun usulnya tetap sama. moga pihak di sana reda apinya. sungguh puspita sayang keduanya...
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.