"Menunganmu menjerat mimpi atau mendobrak realiti?" Saya cuba memancing. Andy membisu. Namun ada secalit senyum yang cuba terbit di hujung bibirnya. Saya yang akhirnya menghabiskan senyuman yang berbaki itu. "Aku terlalu senang dengan Tia." Itu sahaja baris perkataan yang tersusun sejak awal pertemuan ini. Andy, si pemuda mulut karun itu sengaja menemani waktu sementara saya dibiarkan sendiri. "Aku terlalu senang dengan Tia. Aku mahu Tia sentiasa bersama dalam kesenanganku. Malah aku mahu dia juga sentiasa bersama dalam kesulitanku." Menungan Andy sejak tadi beralih pula kepada diri saya. "Aku percaya, jika dia sentiasa bersama dalam kesenanganmu, kau tidak akan sesekali sempat bersapa dengan kesusahan. Lalu kau patut bertanyakan padanya; adakah dia mahu menjadi kesenanganmu?" Andy diam lagi. Menungannya dikutip kembali lantas dibuangkannya jauh ke luar jendela dengan dihantar oleh sebuah senyuman. Kali ini, senyuman itu penuh d...
Mandala Mewangi Seorang Srikandi Bertopeng Scaramouche