Darah mengalir dari sisi bibir dan badannya sudah mulai kebah. Tia tidak mampu menjerit, meminta tolong. Jika itu bahagia buatnya, maka Tia sanggup lakukan apa sahaja. Bengkak dan rontaan Tia bak melodi indah yang menyusup ke telinga Chem. Demi Andy, Chem terlalu geram terhadap Tia. Andy adalah miliknya, bukan yang lain. Walhal Tia juga berpendapat yang serupa.
Andy resah mencari suriram hatinya. Tia menghilang tanpa berita. Panggilan dari Chem pula yang senantiasa diterima. Tidak, hatinya sudah berhenti mencari Chem. Kini atmanya hanya untuk Tia. Akhirnya panggilan buat Tia terjawab. “Dear, where are you now?” ringkas pertanyaan Andy. Sunyi pula di hujung talian. Gulananya semakin menjadi. Diulangi memanggil nama Tia. Akhirnya terdengar suara lemah Tia. Andy kaget apabila Tia bersuara, “Sayang, tolong I.....”