mengintai keindahan alam.. ah! terasa nikmat yang bukan dibuat2. memori bercanda di pasiran pantai bersama sahabat terlalu zalim untuk dilupakan. keseronokan kami tidak tergambar dengan kata-kata. segala kemusuhan terhapus untuk satu hari ini. entah hilang kemana segala kepenatan. apatah lagi melihat kedamaian laut dari pantai teluk kemang.. isy.. terlalu aku hargai pengalaman sebegini. tidak pernah aku membayangkan, ke negara orang, berkelah bersama orang-orang di sana. asyik sekali pengalaman ini.. terasa juga diri ini kerdil berbanding dengan taulan yang sangat mandiri apabila disuruh melakukan itu dan ini. lihat saja cara mereka memanggang ayam. wah.. jika aku bersendirian, tidak mungkin ayam itu masak!!
walaupun aku tidak turun ke laut, melihat teman-teman yang kuyup bermandi air masin sangat menyeronokkan. aku seronok memerhatikan.. dari pandangan seorang musafir. isy... sekali lagi, aku panjatkan syukur pada ilahi kerana berpeluang nikmati pengalaman yang tidak pernah aku bayangkan akan aku peroleh dari tempat asing.
tapi chem tk kesah. hihi. mama dengan dato' farok ada bersama. seronok lihat umi@ mama yang masih lagi bermandikan bedak sun burn. hihi. dato' farok pun sama.. erm.. tapi yang di bawah ini sekadar lakonan sahaja okay?! jangan ada misconception pula. tak mungkin Andy akan direbut oleh Filza dan Chem di persisiran pantai. ooo.. tk perlu!!!