sang ratna sari menatap satria dengan pandangan yang menikam. "eh, baginda lagi di sini pada saat matahari tegak di atas jemala?" akal mencongak jawapan sendiri. ratna sari sedar yang satria juga sedar yang dia hadir pada pesta itu. satria bersembunyi, begitu juga ratna sari. saat ratna sari bersendiri, menanti puspita kemboja melangsaikan hutang pada diri, jemala kembali mengusik manja..
hey ratna sari, ingatkah dikau dengan kalimat satria pujangga itu? "aku inginkan kau jadi permaisuriku." ratna sari terkerisin. benar katamu wahai suara hati. satria itu acapkali menerjah dengan pertanyaan tiada jawapan. dan setiap kali itu juga ratna sari akan berdalih. fi'il satria itu sudah ditenung dalam mangkuk air. ah.. aku tidak akan terkesima. lihat sahaja satria pujangga itu kini, baginda berlenang dengan suriram hati. sedangkan ratna sari bahagia dalam sendiri.