Skip to main content
"sudahlah. kini giliran duyung pula yang bersembunyi. tapi hati-hati ya. duyung tidak sebijak aku bila bersembunyi." senda ikan badut. duyung juga terkerisin, tahu bahawa ikan itu kerap mengusiknya. sedang duyung pergi bersembunyi, dia disapa sang jerung buas. ah... benci sekali dia menatap wajah jerung itu. "apa kau buat di sini duyung? bukankah kau tahu yang engkau adalah milikku. pergi engkau pulang dan jangan bermain dengan ikan badut bodoh itu!"

duyung membisu. sudahlah bermuka tebal mengatakan duyung adalah miliknya, lagi mahu dikata pula teman karibnya itu bodoh. jerung jahanam ini sudah melampau. sudahnya jerung itu menarik duyung untuk pergi. ikan badut saksi segalanya, namun dia juga tidak mampu melakukan apa-apa. duyung meronta tetapi ternyata jerung lebih hebat tenaganya. siripnya pedih ketika dia asyik menampar-nampar jerung dengan ekornya.

tanpa disangka, muncul sang lelumba. ikan lumba-lumba itu menarik kembali duyung. maka ada pergelutan di situ. jerung tahu ikan itu lemah. jika mahu beradu tenaga dengannya, sudah pasti itu merupakan sesuatu yang memalukan. maka jerung melepaskan duyung pergi ke tangan lumba-lumba. dengan kerlingan tajam, jerung pergi meninggalkan mereka. tidak sempat duyung mengucapkan terima kasih, lelumba juga pergi mengikut kocakan air masin.

gembira bertokok sedih." lumba-lumba punya perasaan pada duyung atau dia hanya sekadar mahu membantu?" ikan badut yang menghampiri hanya tersenyum tipis. "duyung yang punya perasaan sama ikan lumba-lumba, masakan duyung menuduh dia pula yang punya perasaan?" gelak kecik antara mereka. gelak duyung disahut hiba. "mengapa dia beriya membantu duyung? setiap kali jerung jahanam itu muncul, begitu juga lumba-lumba akan menampakkan dirinya."

"hai puteri duyung. janganlah duyung berangan-angan. duyung tidak akan dapat bersama lumba-lumba. kamu berdua berlainan darjat. jangan sekali-kali berangan-angan. nanti kecewa hati, merana badan" maka puteri duyung pun bersedih, mencari kelibat lumba-lumba yang hilang di sebalik rerumpai laut...

Popular posts from this blog

Andy dan Tia - Sang Penikam

  Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku.   Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.

Andy dan Tia - Pentas

"Terima kasih atas puisimu ini." Andy menghantar Tia ke atas pentas sastera itu dengan senyuman paling jujur. Walau apa yang terjadi, Andy cuba untuk melepaskan beban wanita itu. Bukan miliknya, tetapi sesungguhnya ada rasa tanggungjawab yang dia letakkan atas pundak sendiri untuk menolong wanita itu bilamana diperlukan. Dan saat dia tidak berpuisi untuk dibaca di atas pentas, Andy segera menggubah sesuatu untuknya. Tidaklah terlalu cantik, tetapi cukup kadar seninya. Andy nampak Tia disuakan puisi yang lain daripada pengurus pentas. Dari cara bicara tubuhnya, Tia nampak tidak selesa sambil menggenggam erat kertas kecil berisi puisi Andy. Andy tunduk. Jika diketahui Tia bahawa dia sedang memerhati, pasti wanita itu dihurung kebersalahan. Hakikatnya Andy mahu Tia tahu bahawa dia tidak akan sesekali menghukum atas apa-apa keputusan Tia. Andy tahu benar, puisi itu cuma cukup kadar seninya sahaja. 

Andy dan Tia - Suzuki Biru

Andy: Aku rindukan kau, Tia. Tia: Jangan mengarut. Kita sering berbicara, bukan? Andy: Kau ingat ketika kita di universiti dahulu. Kau dan aku ditahan oleh pak pengawal kerana kita pulang ke kampus terlalu lewat. Jam 2 pagi jika tidak silapku. Aku terlalu cemas memandangkan kita pelajar tahun satu yang tidak dibenarkan memandu kereta peribadi dalam kawasan univerisiti. Namun kau keluar dari kereta kerana kau lihat aku sudah lama ditahan. Kau mahu memarahi pengawal itu tetapi ditahan olehnya kerana dia menganggap perbuatanmu sia-sia. Perbuatanmu tidak pernah sia-sia, Tia. Tia hanya ketawa kecil sambil berenang dalam lautan kenangan.  Andy: Tia itu yang aku rindukan. Tia si pemberani, yang mampu bersuara atas nama keadilan. Gadis penentang pada kehendak sekeliling.  Tia senyum lalu membaling pandang ke luar jendela. Mungkin Tia yang dahulu juga sudah lama tidak ditemui oleh dirinya sendiri. Mungkin segalanya sudah diserap oleh satu kekuasaan yang bernama kematan...