puspita tunduk sayu. salah benar rasanya diri ini. mahu diterus terang pada sang andika. ah! sememangnya diri ini bersalah, tapi bagaimana ya harus puspita suarakan segalanya? tahu benar andika bakal naik berang padanya. ah! tapi bagaimana? puspita takut. ternyata merpati putih menjadi dalang segalanya. sengaja mahu meruntuhkan kota kasmaran binaan puspita dan andika. akhirnya puspita dibiarkan diselubungi rasa bersalah. sedangkan andika... iya, andika pasti bermurung. duga puspita, andika menyedari. namun bagaimana? puspita tidak tergamak melukakan sesiapa pun termasuk andika.
kemudian, baru tersedar puspita. ANDIKA yang memulai segalanya. langkah puspita untuk memerhatikan langkah andika. mau dijaguh? boleh saja. biar luka kita bersama...