teratak terasa sunyi walau nada pukulan badai terdengar hebat. chempaka sendiri. aduh... mungkin chempaka suka bersendiri. atau mungkin chempaka memang sentiasa sendiri. ah! biar pada apa jua madahnya. chempaka gembira dengan diri sendiri. hairan juga apabila diadukan pada hati. ternyata hati sendiri tidak mengerti. chempaka merasa indah berteman sendiri. segalanya boleh digapai, tiada yang membendung. musykil pada diri? benarkah begini? buat masa sekarang, iya! chempaka seru dalam sendiri.
sendiri membebaskan diri! maka satu harapan chempaka: mahu jadi yang terbaik! persetan pada suara sumbang menentang diri! chempaka mahu di atas. di atas. ATAS. kesungguhan kunci segala kemungkinan. itu yang chempaka pegang, itu yang chempaka percaya. dengan itu, sendiri membantu chempaka untuk berada di atas. makanya, chempaka gembira dengan diri sendiri.