aku menanti.
dalam sepi, gerimis menemani.
aku sendiri yang pasti.
lalu kudengar suara hati.
kau setia? duganya.
tidak menafi, jauh lagi mengiya.
lalu akal mencelah, jelas!
ikut sahaja mimpi alamatmu.
hati memujuk, pantas kau undur diri?
akal meyakin,
lepaskan saja!
ada yang Lebih Mengetahui.
mahu saja kupergi, biarkan akal kuasai diri.
'Siapalah aku! Siapalah aku!'
tapi kaki mengunci.
oh Tuhan, jadikanlah inderaku patuh pada takdirMu.
akhirnya aku sedari.
aku bersubahat denganmu dalam menzalimi diri.
Chem Aizim
7:27.
dalam sepi, gerimis menemani.
aku sendiri yang pasti.
lalu kudengar suara hati.
kau setia? duganya.
tidak menafi, jauh lagi mengiya.
lalu akal mencelah, jelas!
ikut sahaja mimpi alamatmu.
hati memujuk, pantas kau undur diri?
akal meyakin,
lepaskan saja!
ada yang Lebih Mengetahui.
mahu saja kupergi, biarkan akal kuasai diri.
'Siapalah aku! Siapalah aku!'
tapi kaki mengunci.
oh Tuhan, jadikanlah inderaku patuh pada takdirMu.
akhirnya aku sedari.
aku bersubahat denganmu dalam menzalimi diri.
Chem Aizim
7:27.