Skip to main content
"You must keep your feet grounded so firmly on the earth that it's like you have four leg, instead of two. that way you can stay in the world. but you must stop looking at the world through your head. you must look through your heart, instead." -Elizabeth Gilbert.




saya cuba menyangkal Cik Gilbert. hati tidak selalunya betul. sekian lama, baru kini saya mulai belajar. akal adakalanya memandu hati yang hanya bersandarkan pada nafsu. ah! anggota yang lain juga sudah terbiasa menurut kemahuan hati, lantas dengan mudah sahaja terjebak dengan bisikannya. oppsss! dengan pantas akal membantah, 'kenapa harus mencari duka yang sudah dihibur?' untunglah, anggota juga memahami dan pantas berhenti. biarlah... jangan diulang lagi kedunguan yang tidak mampu dielak!

Popular posts from this blog

Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.
cenderawasih burung kayangan, tuanku putih kilau keemasan. pandanglah hamba si gagak hutan, sebelah mata pun hamba tak terkilan. sebenarnya diri ini musykil, samada aku yang menjadi cenderawasih atau si gagak hutan? namun jauh di lubuk hati, aku begitu yakin bahawa aku adalah sang cenderawasih yang menagih cinta dari si gagak hutan. hahaha, sungguh diri ini kejam. aku tidak sanggup turun takhta demi memuja dia yang menjadi idaman hati. maka jelas sekali aku adalah sang cenderawasih, burung kayangan.
daniel. seorang adik sepupu. begitu comel dia meletakkan dahinya di atas jubin lantai dar nya. hati ini akan pasti tersentuh dengan melihat keletah si comel 1 tahun ini. ah.. rindu pada kota singa dan keluarga semakin terus membuak.