Skip to main content

Andy dan Tia - Kamar Gelap


Kamar itu sepi. Kamar itu gelap. Seorang anak kecil sedang tidur pulas. Mata Andy hanya merenung pada tubuh mugil di sisinya itu. Pada ketika itu, segala perasaannya bersatu. Marah, kecewa, dendam. Ah! Dia tidak tahu pada siapa segala rasa itu dituju. Mungkin kepada diri sendiri?

Telefon tangannya bercahaya lagi. Sama seperti 2 minit yang lepas, ia sekadar bergegar tanpa bunyi. Andy hanya memandang kosong. Segala rasa yang menyatu tadi menggelegak lagi. Dada jadi sakit. Skrin telefon bimbit itu menayangkan sebuah nama; Tia. Tangan segera mencapai telefon tersebut, bimbang tubuh mugil itu akan tersedar. Namun tiada niat di hatinya untuk menjawab. Biarlah…

“Kenapa tidak kau jawab panggilanku? Ada apa-apa yang berlaku?” pesanan itu masuk ke telefon tangannya. Andy semakin perit. Namun dikuatkan tenaga untuk membalas, “Tiada apa yang berlaku. Aku tidak mahu si kecil kita terjaga jika kujawab panggilanmu. Kau baik-baik di sana.”

Sepi lagi. Anak kecil yang nyenyak itu masih berdengkur. Ada lipatan sejadah milik Tia, isteri Andy sedang memerhatikannya dari tepi tingkap. Serabut menghurung diri. Entah mengapa Andy rasakan sejadah itu mempunyai mata yang menjadi kamera televisyen litar tertutup untuk melapor segala tindak tanduknya kepada Tia. Atau mungkin dosa yang menghurung menjadikan dirinya tidak keruan. Oh, Andy benar-benar bingung.

Penerbangan fikiran Andy terhempas apabila pinggangnya dirangkul lembut, pasti milik si tubuh mugil itu. Lalu singgah pula bibir mulus di atas bahunya dari arah belakang. Andy menoleh. Han senyum. “Aku tidak mahu pulang, Andy. Isteriku juga mungkin bersama isterimu.”

Anak kecil masih berdengkur. Andy dan Han kembali pada bahagia kamar gelap itu.

Popular posts from this blog

Andy dan Tia - Tanah Liat dan Daging Bakar

Tia benar-benar marah pada Andy. Tia bingit. Tia sakit hati. Suaminya itu kini membatu kaku, langsung tidak berani menyorot mata lahap isterinya. Apa yang cuba dilakukan hanyalah untuk memberi kejutan yang paling istimewa buat isterinya. Kejutan itu bukan sahaja untuk isterinya, malah dihadiahkan sekali pada putera di dalam kandungan isterinya. Dia tahu dia sudah membuat kerja gila. Mungkin lebih gila daripada perkataan gila! Aroma daging bakar yang duduk di hadapan pasangan itu menerobos hidung yang sedang kembang-kempis. Hajat Tia yang mengidam telah segera ditunaikan oleh Andy. Namun sekarang dia yang keras dimarahi. Andy seolah-olah meminta simpati pada sahabat setianya, roda pembentuk tembikar yang mengintai di luar rumah. Hanya itulah sahabatnya yang mengetahui isi hati Andy selama ini. Tanah-tanah liat di samping roda tersebut pula adalah aksara yang menceritakan segala tentangnya, termasuklah kisah cinta antara dirinya dan Tia. Kini roda itu juga kelihatan seperti ...

Andy dan Tia - sebuah buku dan ais krim

Sudah beberapa malam dia membiarkan buku itu tidak tersentuh. Malam itu, novel masih di atas meja. Antara novel dan Andy, masing-masing menenung antara satu sama lain. Lelaki itu merasa bersalah kerana ada sesuatu yang membuatkannya berhenti daripada menyambung telaahnya. Mukasurat 138. Iya, dia terhenti pada halaman tersebut. Puncanya, ada kesan kotor akibat ais krim. Suatu ketika dahulu, dia terlalu mencintai novel tersebut. Lewat petang, dia pasti akan singgah di pesisir pantai itu dan membaca sebelum matahari jatuh sepenuhnya. Pada waktu itulah, saat dia khusyuk pada muka surat 137, tiba-tiba ada sesuatu yang gugur ke atas bukunya. Jatuhnya pula di pertengahan mukasurat 138. Andy jadi marah, terlalu marah. Buku adalah kekasih yang sentiasa dibalut cintanya. Apatah lagi, yang mencacatkan kekasihnya adalah sepotong ais krim. “Maafkan saya,” suara seorang gadis memecah kesunyian pantai itu. Sekilas itu juga dia mengalihkan wajah dari novelnya. Ada seorang gadis di sisi memeg...

Andy dan Tia - Sang Penikam

  Puff! Kali terakhir aku melihat dirimu dalam kesamaran. Kau melepaskan satu senyuman yang paling membahagiakanku suatu ketika dahulu. Namun pada waktu itu, aku tidak tahu maksud pada senyumanmu. Adakah kepuasan atau ucapan selamat tinggal yang sebal buatku? Aku mengharapkan kau akan menoleh kembali untuk aku pastikan antara kedua-dua hal itu dengan kata-katamu, seperti selalu yang kau lakukan. Namun itu tidak berlaku.   Aku pegang pandangan itu hingga ke dalam lenaku. Aku sendiri tidak tahu sekiranya itu adalah lena yang selamanya atau aku dapat menjejak kembali kebiadabanmu. Aku lihat kau pergi sedangkan aku memaut luka yang kau tinggalkan di bawah rusukku. Pisau yang kau tusuk itu masih kau biarkan. Mungkin itu adalah romantismu, agar aku dapat nikmati hidup bersisa bisa sebelum kisah hari ini hilang begitu sahaja. Dan tiba-tiba semuanya menjadi terlalu gelap.