Pada waktu itu, latarnya sangat mudah. Mentari senja, sebatang sungai dan sebuah kerusi batu untuk menangkap pesona alam. Menjadi rutin dua orang sahabat itu untuk singgah di sana setelah seharian terperuk di perut pejabat. Duduk mereka dimesari sepi, entah kerana diusik suasana indah atau semata-mata dihasut oleh letih.
“Tia, apa rencanamu untuk tahun hadapan?”
Tia bebas daripada khayalan yang dijemput sepi tadi, lantas bersuara, “Entah. Aku tidak suka merangka jalan hidup. Kau maklum tentang itu ‘kan?”
Andy mengumpul kuasa sebelum membisikkan, “Kalau begitu, aku menjemputmu untuk menemani hidupku mulai tahun hadapan.”
Tia membuang pandang ke sungai kota itu. Ada kocak gembira di permukaannya, begitu juga bebayang senyuman mentari senja. Tia membalas dengan sekuntum senyum jua.