Noktah
terakhir kulakrikan
Noktah
yang tidak mahu berubah rupa
Sedang
hati memberontak keras
Teruskan
zikir penamu, katanya.
Biar
lenguh tangan menari
Biar
jemu hati menangis
Ah!
Biarkan noktah jadi noktah
Apa
harus kau teruskan angan?
Sesungguhnya
kata tak pernah habis
Setiap
noktah berubah koma
Setiapkali
mentari memeluk lembut
Lalu
pena terus berzikir keras
Noktah
Malam
ini tinggal noktah
Jangan
dibiarkan ia berubah lagi
Ah!
Ini soal hati
Noktah
berganti koma
Di
luar ruang akal.
Chem
Aizim
12:33am
4
July 2012