Biar debunga berterbangan
Lalu berkongsi rasa nan indah
Pada tanah yang kesepian
Di pelosok sana
Lalu berbisik yang kejam
Pada telinga tentang cinta
Maka jadilah aku seorang pendusta
Pada nikmat yang disuruh berbahgi sama
Seluruh buana
Lalu berbisik yang kejam
Pada telinga tentang cinta
Maka jadilah aku seorang pendusta
Pada nikmat yang disuruh berbahgi sama
Seluruh buana
“Kau terus setia?” Harapan diselindungkan oleh Tia. Harap juga Andy menafi lantas terbuka peluang
kedua untuknya.
“Aku tidak mahu setia pada harapan kosong.” Ada sinar peluang. Matanya
berbunga. “Baguslah jika kau sudah mengerti. Lalu bagaimana kau temui bahagia?”
Tia cuba
berani ke hadapan demi memulakan cita cintanya.
“Setiap kali urusannya diiringi dengan doaku yang tidak
pernah putus adalah bahagiaku.” Tia sedikit kecewa. Nada suaranya kian berubah.
“Walaupun kau tak akan lagi bertemu senyumnya? Andy
terdiam.