Syukur dipanjatkan kerana akhirnya mandala ini berisi dengan sesuatu yang terlalu menyenangkan. kisah perwara sama perwara yang akhirnya bertemu juga. Sungguh bergulat suka duka, cinta yang satu menemukan kita. buang segala sendu. tutup dengan urna ceria dengan limpah bahagia. semoga cerita kali ini kekal selamanya. iya, perwara sama perwara. lengkap sudah kita.
Ikhlas. Seni. Penyair. Tiga kata ini yang sering bermain dalam jemala. sejauh mana Chempaka berikhlas? dalam menyubur seni? mendabik dada sebagai penyair? ah... diri masih malu untuk mengakui segalanya. sudah saban purnama diri mahu mengundur. mungkin selayaknya Chempaka sekadar sang perwara yang menjenguk di balik tirai rendang reranting hutan. yang jelas, diri tidak tetap di sini, tidak pula di sana. malu benar mahu mengakui segalanya. kini diri hanya mahu mengakui yang satu sahaja, sekadar seorang embuai yang masih berguru pada yang tahu. itu sahaja. tidak mahu lagi berlebih. malangnya, pasti suara-suara di luar taman larangan yang akan berkicau senda. aduhai... fahamilah. Chempaka lebih suka begini. biar tinta yang mewakili suara sepi diri.